.jpg)
Anugerah keistimewaan yang diberi itu terserah kepada kita sama ada mahu digunakan untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya. Ianya adalah diatas keputusan serta tanggungjawab diri sendiri.
Sesetengah orang diberi anugerah keistimewaan dengan bakat serta idea kreatif dan unik yang mampu mereka cipta sesuatu benda atau karya seni yang unik dan menarik. Kehebatan hasil ciptaan mereka ini selalunya berjaya menarik perhatian orang ramai melalui ciptaan yang agak luar biasa dan terserlah keunikannya.
Melalui hasil ciptaan dan karya hebat mereka ini ianya menjadi tarikan buat orang lain untuk mengikuti mahu pun memiliki setiap apa jua yang dihasilkan oleh mereka.
Hasil rekaan meja yang kreatif dan unik dari kayu terbuang
Cara terbaik untuk menyerlahkan kemahiran serta bakat semulajadi anda adalah dengan mencabar diri untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza dan pelik. Telah terbukti... melalui kreativiti unik ini akan dapat mencipta satu fenomena, memberi publisiti meluas dan mampu menyerlahkan bakat serta potensi diri.
Kreativiti Hebat - Kek Budu
Contoh terbaik, Inilah yang dikecapi oleh seorang pengusaha kek yang juga seorang blogger iaitu Puan Mieza Jhaa K di mana beliau kini telah menjadi bualan ramai hasil dari karya hebatnya menghasilkan Kek Budu! Mendengarnya sahaja sudah tertarik... masakan budu boleh dijadikan kek!?Rupa-rupanya idea kreatif rekaan hebat kek beliau yang berbentuk semangkuk budu, sungguh menarik dan unik telah bikin kecoh satu Malaysia dan mendapat respon yang amat positif! Nak tau lebih lanjut ceritanya... Terus sahaja Blog cinta25hb.blogspot.com
Maka... Jika anda mahukan kek berbentuk unik, menarik tetapi sangat enak dimakan, ingatlah kedai Kek Cinta Dungun! Anda pasti yakin dan puas hati!
Kek Budu hasil idea kreatif Mieza Jhaa K
Maka cungkil dan serlahkan kelebihan, kebolehan, kemahiran atau bakat semulajadi yang ada dalam diri anda. Ianya bukan sahaja mampu menjadikan anda seorang yang istimewa namun mampu mengubah serta mencorakkan masa depan hidup yang cerah andai ianya dieksploitasi dan dikembangkan melalui cara dan jalan yang tepat serta betul.
Note : Kréatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru serta asli - kamus dewan edisi keempat.
p/s: Semoga perniagaan Mieza akan bertambah hebat, maju dan dikenali ramai... Bilalah agaknya dapat merasa kek Mieza ni... :)
p/s: Semoga perniagaan Mieza akan bertambah hebat, maju dan dikenali ramai... Bilalah agaknya dapat merasa kek Mieza ni... :)
0 Komentar untuk "Hasil Rekaan Idea Kreatif Dari Kayu Terbuang"
Terima kasih bersama KreatifBlogr. Komen anda amat-amat dihargai
p/s: Tolong jangan spam... Komen berserta link akan diawasi...