Jika kita punya anak yang ramai dan jumlah bilik yang terhad, maka pilihan dan jumlah perabot yang benar-benar sesuai amat diperlukan.
Antara yang paling diutamakan adalah pemilihan katil kerana katil adalah perabot yang paling besar dan memerlukan ruang yang luas. Oleh itu pilihan katil bertingkat adalah yang paling praktikal dan bertepatan.
Jika anda tidak mahukan pilihan katil bertingkat konvensional, kini anda boleh menggunakan rekaan-rekaan terkini dan menarik yang lebih moden dan pelbagai. Tidaklah nampak membosankan malah ada diantaranya memberi jalan penyelesaian keatas susun atur sesebuah bilik.
Berikut adalah rekaan katil bertingkat yang boleh dijadikan pilihan, rujukan dan panduan dalam memilih yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan.
![]() |
Add caption |
Semoga beberapa contoh di atas dapat memberikan idea atau ilham untuk mendapatkan katil bertingkat serta susunan (dekorasi) yang sesuai untuk bilik anak anda.
Paling penting... pastikan pilihan rekaan adalah mengikut kesesuaian dan keperluan anak anda dan bukan hanya kerana terpikat oleh pandangan mata. Pastikan juga ianya praktikal dan selamat serta boleh digunakan untuk jangkamasa panjang.
p/s; Rekaan di atas adalah sebagai rujukan. Ianya hasil carian gambar di Google search. Ianya juga mungkin ada dipasaran atau mungkin "custom made" yang memerlukan anda mengemukakan rekaan kepada pihak yang menghasilkan katil tersebut.
Terima kasih bersama Blog Deko Kreatif : Rekaan Dan Dekorasi Menarik Katil Tingkat
2 Komentar untuk "Rekaan Dan Dekorasi Menarik Katil Tingkat "
Menarik sekali rekaan dan dekorasinya!
menarik semua designnya
Terima kasih bersama KreatifBlogr. Komen anda amat-amat dihargai
p/s: Tolong jangan spam... Komen berserta link akan diawasi...