Hasil Seni Lukisan Kreatif 3D Di Pantai
Sesetengah manusia diberi bakat, kemahiran atau kebolehan dalam sesuatu bidang. Ianya menjadi satu kepakaran yang sangat hebat. Anugerah Ilahi buat mereka.
Antaranya adalah bakat dalam seni. Hasil seni itu sangat luas dan tidak terhad bertepatan dengan maksud seni itu sendiri yang halus tetapi terlalu abstrak. Ianya juga tidak termaktub dalam skala atau ditempat yang tertentu. Hasil seni itu bebas dihasilkan dimana sahaja.
Hasil seni yang unik, menarik dan mengagumkan seringkali menjadi perhatian. Tambahan pula jika ianya hasil seni yang luarbiasa diluar kotak pemikiran manusia biasa, pasti ia menjadi tumpuan dan dikagumi ramai.
Walaupun hasil seni tersebut punya jangkamasa yang singkat untuk dilihat namun ianya mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan tetap terpahat diingatan.
Hasil seni lukisan 3D dipantai... walaupun tidak bertahan lama namun ianya sungguh kreatif dan perlukan imaginasi yang tinggi disamping ketepatan dan kepantasan untuk melakukannya sebelum ianya hilang ditelan ombak pabila air pasang.
Nikmati hasil seni lukisan 3D di pantai ini... Hasil seni yang menarik dan mengagumkan!
Bakat dan kemahiran seseorang itu anugerah Allah SWT yang wajar digunakan dan diaplikasikan sebaiknya tanpa melampaui garis sempadan dan batasan hukum agama. Sesuatu hasil seni yang menarik dan indah itu sebenarnya dapat mendekatkan diri kita kepada kekuasaan Maha Esa...
Gunakanlah bakat dan anugerah sebaiknya agar ianya memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
0 Komentar untuk "Hasil Seni Lukisan Kreatif 3D Di Pantai"
Terima kasih bersama KreatifBlogr. Komen anda amat-amat dihargai
p/s: Tolong jangan spam... Komen berserta link akan diawasi...